[ ]
I'm a fatso zombie.





✿ Twitter
✹ LINK 2
✖ LINK 3
☂ LINK 4
✈ LINK 5
+
+

Mahabbah ON Friday 4 May 2012 AT 02:40


Assalamualaikum! harini Miss J happy + sedih . sebab ? happy sebab dapat buat entry lagii! sedih sebab Bob Kuman telah kembali ke rahmatullah pada 4 petang lebih semalam . okay , tak nak cerite panjang  sebab entry kali ni bukan pasal Bob Kuman . sebab dah janji dengan diri sendiri taknak buat entry pasal tu sebab takut air mata keluar lagi . : ' ( okayy , * lap air mata *

okay , hari ni nak cerite pasal drama Mahabbah yang best tapi cerite tu 30 minit je . sedih kan ? tulah pasal . kadang kadang tengok pun rase tak puas . ape daa . okay tak pe . back to the topic . okay drama ni pasal ape ? drama ni pasal si hero , Iskandar bercinte dengan si herion , Sabila  tapi tak mendapat restu daripade ayah Iskandar , Tan Sri Sabri . ayah Iskandar kate die Iskandar tak boleh tinggal di rumah mereka jika Is masih cinta Sabila . Is sangat mencintai Sabila dan meninggalkan rumah ayah dan ibu mereka kerana dia tidak sanggup berpisah dengan Sabila . Iskandar boleh pulang jika dia dah tinggalkan Sabila.


Walau apapun rintangan yang datang menguji, cinta Iskandar terhadap Sabila melebihi dari segalanya. Iskandar tetap dengan pendiriannya untuk berkawin dengan Sabila. Sesungguhnya, takdir menyebelahi Iskandar dan hajat untuk berumahtangga bersama Sabila menjadi kenyataan. Selepas berkahwin, mereka dianugerahkan cahaya mata yang bernama Asyraf. Meskipun kehidupan Iskandar bahagia di samping keluarga tersayang, namun di sebalik kebahagian itu dia terpaksa menanggung derita akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya.


Iskandar cuba menyembunyikan penyakit kanser yang dialaminya dari pengetahuan Sabila. Namun begitu penyakitnya itu bertambah teruk sehingga menyebabkan dia pengsan. Iskandar dikehendaki untuk menjalani pembedahan dan ini memaksa meminta pertolongan dari bapa mertuanya. Tan Sri Sabri bersetuju untuk menghulurkan bantuan tetapi mengenakan syarat supaya Sabila meninggalkan Iskandar dan Asyraf .



Sabila bersetuju untuk menuruti syarat bapa mertuanya itu dan meninggalkan Iskandar sejurus pembedahan dilakukan. Berbulan lamanya Iskandar menanti kepulangan Sabila. Namun penantian itu berakhir dengan kehadiran surat cerai daripada Sabila. Sabila terpaksa menipu dengan memberi alasan bahawa dia ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya. Tan Sri Sabri berusaha untuk menjodohkan Iskandar dengan pilihannya, Kartina . Selepas beberapa tahun, Iskandar menjumpai Sabila menerusi majalah sebagai pereka fashion yang berjaya dan terkenal .



Asyraf disahkan mempunyai masalah lemah jantung dan memerlukan penderma. Sejurus Sabila mengetahui mengenai penyakit yang dialami oleh Asyraf, dia terus datang untuk menghulurkan bantuan. Pada masa yang sama, Iskandar ingin mengetahui kebenaran daripada Sabila. Berjayakah Iskandar mendapat kebenaran yang bertahun lamanya disembunyi oleh Sabila? Adakah kepulangan Sabila akan mengubah segala-galanya? Berjayakah Iskandar dan Sabila mengecapi kebahagian yang pernah punah sebelum ini? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?



NotaKAKI : jika sudah kau mencintai dia
                     putuskan aku dnegan baik caranya
                     walaupun sakit hatiku rasa
                     sesungguhnya aku tak rela

Labels:


0 CHEONSA